Wednesday, 17 September 2014

Makanan Untuk Kecantikan Kulit - Bahagian 2

Makanan Kecantikan Kulit

Makanan untuk kecantikan kulit bersambung lagi pada entry kedua ini. Mari kita rujuk lagi info dalam gambar di bawah ini yang disediakan oleh pakar kesihatan dunia yang terkenal, Andrew Weil, yang berkisar tentang makanan kecantikan kulit. Makanan yang mana boleh membantu kulit dan yang mana boleh membahayakan kulit. 

Panduan Makanan: Good vs Bad

Good vs Bad
Good vs Bad

Pemakanan Yang Kurang Baik

KAFEIN
  • Sumber Makanan:
Kopi, teh, kinuman berkarbonat dan minuman tenaga. 
  • Kenapa:
Kafein sifatnya menyahhidratkan dan mengeringkan air dalam badan. Sedangkan kulit memerlukan air untuk membantu mencuci kotoran dalam badan seperti kotoran yang disebabkan jerawat pada permukaan kulit. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk mengekalkan air dalam badan, kita perlukan minuman yang mampu mencegah sebarang dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Untuk itu, Ifa cadangkan Performance Drink Shaklee. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. 
GULA
  • Sumber Makanan:
Gula-gula, air berkarbonat, pencuci mulut dan air gula.
  • Kenapa:
Dalam makanan di atas, seperti semua orang maklum, gula merupakan agen penyumbang penyakit juga seperti diabetes. Tetapi bagaimana pula kesannya terhadap kecantikan kulit? Kajian menunjukkan bahawa makanan manis atau kandungan gulanya tinggi boleh membawa kepada keradangan kulit, sel kulit rosak dan boleh menyebabkan jerawat
  • Cadangan Ifa:
Gula bukanlah tidak langsung boleh diambil, tetapi ia perlu dikurangkan. Jika berlebihan, kesannya kepada kulit dan diri. Jika tiada langsung pun tidak boleh juga. Maka cadangan Ifa, kita seimbangkan lah makanan untuk mencantikkan kulit kita.   
MAKANAN YANG DIPROSES
  • Sumber Makanan:
Sosej, makanan dalam tin dan mee segera.
  • Kenapa:
Makanan yang diproses ini mengandungi lemak dan karbohidrat yang sangat tidak sihatyang mana juga boleh membawa kepada keradangan kulit, kerosakan kulit dan boleh mendorong kepada pembentukan jerawat.
MAKANAN BERMINYAK
  • Sumber Makanan:
Kentang goreng, makanan yang digoreng, makanan segera dan marjerin.
  • Kenapa:
Makanan berminyak ini mempunyai asid lemak trans yang boleh mempengaruhi hormon. Apa itu asid lemak trans? lemak trans digunakan sebagai lelemak. Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Jom baca artikel ni. Bahaya asid lemak trans. 

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 

Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

Makanan Untuk Kecantikan Kulit - Bahagian 1

Makanan Kecantikan Kulit

Bagaimana makanan seharian kita dapat membantu kecantikan kulit? Ada ke makanan untuk kecantikan kulit? Mudah saja. Ambil pemakanan yang baik, yang kurang baik kita kurangkan dan kalau nak tinggalkan terus pun bagus sebenarnya. Rujuk makanan yang baik dan kurang baik untuk kulit di bawah, dan bagaimana mereka membantu kecantikan kulit kita.

Panduan Makanan: Good vs Bad


Pemakanan Yang Baik

ASID LEMAK
  • Sumber Makanan:
Ikan salmon, ikan kod, biji atau benih dari bunga flax dan kacang badam.
  • Kenapa:
Asid lemak yang terkandung dalam sumber makanan ini membantu kulit kelihatan lebih lembab, lebih berseri dan melegakan kulit yang terasa tegang. Asid lemak merupakan pemakanan yang agak glamor dalam membantu kecantikan kulit. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk memperoleh asid lemak, Ifa cadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan asid lemak Omega-3.


BIJIRIN
  • Sumber Makanan:
Beras perang, barli dan roti bergandum penuh.
  • Kenapa:
Dalam makanan di atas, terdapat fiber ataupun berserat. Makanan yang tinggi fiber atau berserat tinggi mampu menyahtoksin dalam badan dan membuatkan kulit nampak lebih bersih. Kadang-kadang kulit yang berjerawat adalah disebabkan banyaknya toksin terkumpul dalam badan kita. Apabila toksin dalam badan kita dibuang, secara tidak langsung iadapat membantu kecantikan kulit kita
  • Cadangan SHAKLEE:
Dahulunya Shaklee ada mengeluarkan Shaklee Fiber Plan, produk yang bertinggi seratnya. Namun sekarang sudah tidak ada. Maka Ifa cadangkan untuk pembaca semua, Alfalfa Shaklee, di mana Alfalfa mampumenyahtoksin keseluruhan badan kita. 


VITAMIN B6
  • Sumber Makanan:
Kubis, biji bunga matahari, kacang walnut dan avocado. 
  • Kenapa:
Bagaimana pemakanan sumber makanan ini membantu dalam kecantikan kulit? Dalam setiap sumber makanan di atas, ada terdapat vitamin B6yang dapat membantu hormon yang tidak seimbang. Kenapa? Hormon yang tidak seimbang boleh mengakibatkan jerawat. Vitamin B6 dalam makanan di atas mampu mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Ifa cadangkan B-Complex Shaklee, di mana B-Complex sangat kaya dengan vitamin B6, yang mampu mengekalkan kestabilan hormon dalam badan kita. 


BUAH-BUAHAN
  • Sumber Makanan:
Mana-mana sahaja buah-buahan yang anda suka! Selalunya yang kita makan untuk kesihatan kulit ialah buah oren, pisang, peach dan tomato. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dimakan untuk kecantikan kulit, pilihlah yang mana anda suka! 
  • Kenapa:
Buah-buahan ialah sumber makanan yang sangat kaya dengan nutrisi, tinggi antioksida dan kandungan vitamin yang pelbagai. Semuanya sangat membantu dalam memelihara kulit yang cantik dan sihat. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk kecantikan kulit ini, pertama sekali Ifa suka cadangkan Sustained Release Vita-C, yang mana vitamin C sangat kaya dalam buah oren. Sebagaimana doktor suka cadangkan buah oren dan vitamin C untuk kecantikan kulit, maka vitamin C merupakan vitamin yang pertama sekali Ifa suka cadangkan. Selain itu, boleh juga ambil Vita-E Complex yang kaya dengan vitamin E.  

Pemakanan Yang Kurang Baik

Untuk pemakanan yang kurang baik ini, Ifa akan ulaskan dalam entry seterusnya ya. Tunggu kawan-kawan! =)

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

Thursday, 31 October 2013

Betul Ke Manfaat ESP Adalah Pelbagai?

Selamat pagi semua, currently dah pukul 1 pagi, masih ada ke yang belum tidur? Kalau belum, jom baca testimonial dari Puan Hani Nadhirah tentang beberapa manfaat ESP yang beliau sendiri sudah merasainya. 


Pn Hani Nadhirah 

Puan Hani Nadhirah menyatakan bahawa ESP bukan sahaja boleh mencantikkan kulit tetapi juga boleh kuruskan badan kerana ESP mampu membuatkan beliau terasa kenyang untuk waktu jangka masa yang lama. 

Jom kita tengok gambar beliau dengan lebih dekat lagi. 

Pn Hani Nadhirah, dulu dan sekarang.


Jom dapatkan ESP sekarang! =)


Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]
delirium_ifa@yahoo.com 
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
https://www.facebook.com/madamvitamin


Thursday, 17 October 2013

Testimonial Shaklee Collagen Powder

Hai semua, masih ada yang belum tidur tak ya macam Ifa? Hehe. Ifa tengah siapkan beberapa kerja yang dah beberapa hari terbengkalai. Tapi sambil-sambil itu juga, jom kita tengok-tengok beberapa testimonial tentang Collagen Powder! 



TESTIMONIAL 1

Pn Norasmah consume Collagen Powder selama 12 hari dan hasilnya yang adik beliau sedari ialah: 
  • Jeragat berkurangan
  • Tiada lagi eye bag di bawah mata *mata panda =D


TESTIMONIAL 2

Cik Huda consume Collagen Powder selama 2 minggu dan diambil bersama dengan ESP. Perubahan yang beliau rasakan ialah:
  • Kuku lebih sihat dan bersinar
  • Kulit pada pipi terasa moist/lembab.


Jom kawan-kawan, dapatkan Collagen Powder sekarang! Sementara tengah promo bulan Oktober ni! 


Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]
delirium_ifa@yahoo.com 
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
https://www.facebook.com/madamvitamin

Wednesday, 16 October 2013

Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua reader Ifa. =D

Harap semuanya baik-baik sahaja. Kita baru sahaja selesai meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha kan. Ifa pasti ramai yang memahami erti pengorbanan dengan lebih mendalam. Sempena promo bulan Oktober ni, Ifa nak berkongsi dengan semua tentang kebaikan Shaklee Collagen Powder ni pada semua. Jom sama-sama baca.

Kebaikan Shaklee Collagen Powder:



  • Anti Penuaan
Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Melembap 
Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.
  • Mencerah
Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.
  • Menegang
Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Menyubur
Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar.
  • Mengembalikan Keanjalan
Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut.
  • Meningkatkan Pergerakan
Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.


Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]
delirium_ifa@yahoo.com 
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
https://www.facebook.com/madamvitamin

Saturday, 12 October 2013

Hasil Perahan Tak Muat Peti Ais??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, hari ni Ifa nak berkongsi lagi tentang manfaat ESP. Puan Iza mengamalkan ESP sebagai supplemen dalam penyusuan beliau. Alhamdulillah, hasil perahan beliau dah tak muat peti ais! Seronoknya!

Jom kita tengok gambar di bawah.



Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]
delirium_ifa@yahoo.com 
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
https://www.facebook.com/madamvitamin


Monday, 7 October 2013

Kulit Muka Flawless Hanya Dengan Cadangan Kecantikan Kulit

Hai semua pembaca Madam Vitamin, moga semua di dalam sihat sejahtera hendaknya. Hari ni Ifa nak kongsi satu testimonial kulit muka ala-ala flawless dengan hanya consume cadangan supplement untuk kecantikan kulit. Jom kita tengok apa yang Cik Siti Noraziela Noraini amalkan.


Berdasarkan testimonial Cik Siti, beliau hanya menggunakan ESP, Vita-E dan Vita-C sahaja. Wah, hanya dengan menggunaka 3 item ni sahaja dah boleh dapatkan kulit idaman hati ya! Jom kita tengok dengan lebih dekat testimonial bergambar Cik Siti. =D


Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]
delirium_ifa@yahoo.com 
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
https://www.facebook.com/madamvitamin