Wednesday, 17 September 2014

Makanan Untuk Kecantikan Kulit - Bahagian 2

Makanan Kecantikan Kulit

Makanan untuk kecantikan kulit bersambung lagi pada entry kedua ini. Mari kita rujuk lagi info dalam gambar di bawah ini yang disediakan oleh pakar kesihatan dunia yang terkenal, Andrew Weil, yang berkisar tentang makanan kecantikan kulit. Makanan yang mana boleh membantu kulit dan yang mana boleh membahayakan kulit. 

Panduan Makanan: Good vs Bad

Good vs Bad
Good vs Bad

Pemakanan Yang Kurang Baik

KAFEIN
  • Sumber Makanan:
Kopi, teh, kinuman berkarbonat dan minuman tenaga. 
  • Kenapa:
Kafein sifatnya menyahhidratkan dan mengeringkan air dalam badan. Sedangkan kulit memerlukan air untuk membantu mencuci kotoran dalam badan seperti kotoran yang disebabkan jerawat pada permukaan kulit. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk mengekalkan air dalam badan, kita perlukan minuman yang mampu mencegah sebarang dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Untuk itu, Ifa cadangkan Performance Drink Shaklee. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. 
GULA
  • Sumber Makanan:
Gula-gula, air berkarbonat, pencuci mulut dan air gula.
  • Kenapa:
Dalam makanan di atas, seperti semua orang maklum, gula merupakan agen penyumbang penyakit juga seperti diabetes. Tetapi bagaimana pula kesannya terhadap kecantikan kulit? Kajian menunjukkan bahawa makanan manis atau kandungan gulanya tinggi boleh membawa kepada keradangan kulit, sel kulit rosak dan boleh menyebabkan jerawat
  • Cadangan Ifa:
Gula bukanlah tidak langsung boleh diambil, tetapi ia perlu dikurangkan. Jika berlebihan, kesannya kepada kulit dan diri. Jika tiada langsung pun tidak boleh juga. Maka cadangan Ifa, kita seimbangkan lah makanan untuk mencantikkan kulit kita.   
MAKANAN YANG DIPROSES
  • Sumber Makanan:
Sosej, makanan dalam tin dan mee segera.
  • Kenapa:
Makanan yang diproses ini mengandungi lemak dan karbohidrat yang sangat tidak sihatyang mana juga boleh membawa kepada keradangan kulit, kerosakan kulit dan boleh mendorong kepada pembentukan jerawat.
MAKANAN BERMINYAK
  • Sumber Makanan:
Kentang goreng, makanan yang digoreng, makanan segera dan marjerin.
  • Kenapa:
Makanan berminyak ini mempunyai asid lemak trans yang boleh mempengaruhi hormon. Apa itu asid lemak trans? lemak trans digunakan sebagai lelemak. Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Jom baca artikel ni. Bahaya asid lemak trans. 

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 

Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

Makanan Untuk Kecantikan Kulit - Bahagian 1

Makanan Kecantikan Kulit

Bagaimana makanan seharian kita dapat membantu kecantikan kulit? Ada ke makanan untuk kecantikan kulit? Mudah saja. Ambil pemakanan yang baik, yang kurang baik kita kurangkan dan kalau nak tinggalkan terus pun bagus sebenarnya. Rujuk makanan yang baik dan kurang baik untuk kulit di bawah, dan bagaimana mereka membantu kecantikan kulit kita.

Panduan Makanan: Good vs Bad


Pemakanan Yang Baik

ASID LEMAK
  • Sumber Makanan:
Ikan salmon, ikan kod, biji atau benih dari bunga flax dan kacang badam.
  • Kenapa:
Asid lemak yang terkandung dalam sumber makanan ini membantu kulit kelihatan lebih lembab, lebih berseri dan melegakan kulit yang terasa tegang. Asid lemak merupakan pemakanan yang agak glamor dalam membantu kecantikan kulit. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk memperoleh asid lemak, Ifa cadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan asid lemak Omega-3.


BIJIRIN
  • Sumber Makanan:
Beras perang, barli dan roti bergandum penuh.
  • Kenapa:
Dalam makanan di atas, terdapat fiber ataupun berserat. Makanan yang tinggi fiber atau berserat tinggi mampu menyahtoksin dalam badan dan membuatkan kulit nampak lebih bersih. Kadang-kadang kulit yang berjerawat adalah disebabkan banyaknya toksin terkumpul dalam badan kita. Apabila toksin dalam badan kita dibuang, secara tidak langsung iadapat membantu kecantikan kulit kita
  • Cadangan SHAKLEE:
Dahulunya Shaklee ada mengeluarkan Shaklee Fiber Plan, produk yang bertinggi seratnya. Namun sekarang sudah tidak ada. Maka Ifa cadangkan untuk pembaca semua, Alfalfa Shaklee, di mana Alfalfa mampumenyahtoksin keseluruhan badan kita. 


VITAMIN B6
  • Sumber Makanan:
Kubis, biji bunga matahari, kacang walnut dan avocado. 
  • Kenapa:
Bagaimana pemakanan sumber makanan ini membantu dalam kecantikan kulit? Dalam setiap sumber makanan di atas, ada terdapat vitamin B6yang dapat membantu hormon yang tidak seimbang. Kenapa? Hormon yang tidak seimbang boleh mengakibatkan jerawat. Vitamin B6 dalam makanan di atas mampu mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Ifa cadangkan B-Complex Shaklee, di mana B-Complex sangat kaya dengan vitamin B6, yang mampu mengekalkan kestabilan hormon dalam badan kita. 


BUAH-BUAHAN
  • Sumber Makanan:
Mana-mana sahaja buah-buahan yang anda suka! Selalunya yang kita makan untuk kesihatan kulit ialah buah oren, pisang, peach dan tomato. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dimakan untuk kecantikan kulit, pilihlah yang mana anda suka! 
  • Kenapa:
Buah-buahan ialah sumber makanan yang sangat kaya dengan nutrisi, tinggi antioksida dan kandungan vitamin yang pelbagai. Semuanya sangat membantu dalam memelihara kulit yang cantik dan sihat. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk kecantikan kulit ini, pertama sekali Ifa suka cadangkan Sustained Release Vita-C, yang mana vitamin C sangat kaya dalam buah oren. Sebagaimana doktor suka cadangkan buah oren dan vitamin C untuk kecantikan kulit, maka vitamin C merupakan vitamin yang pertama sekali Ifa suka cadangkan. Selain itu, boleh juga ambil Vita-E Complex yang kaya dengan vitamin E.  

Pemakanan Yang Kurang Baik

Untuk pemakanan yang kurang baik ini, Ifa akan ulaskan dalam entry seterusnya ya. Tunggu kawan-kawan! =)

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 
Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin