Wednesday, 17 September 2014

Makanan Untuk Kecantikan Kulit - Bahagian 2

Makanan Kecantikan Kulit

Makanan untuk kecantikan kulit bersambung lagi pada entry kedua ini. Mari kita rujuk lagi info dalam gambar di bawah ini yang disediakan oleh pakar kesihatan dunia yang terkenal, Andrew Weil, yang berkisar tentang makanan kecantikan kulit. Makanan yang mana boleh membantu kulit dan yang mana boleh membahayakan kulit. 

Panduan Makanan: Good vs Bad

Good vs Bad
Good vs Bad

Pemakanan Yang Kurang Baik

KAFEIN
  • Sumber Makanan:
Kopi, teh, kinuman berkarbonat dan minuman tenaga. 
  • Kenapa:
Kafein sifatnya menyahhidratkan dan mengeringkan air dalam badan. Sedangkan kulit memerlukan air untuk membantu mencuci kotoran dalam badan seperti kotoran yang disebabkan jerawat pada permukaan kulit. 
  • Cadangan SHAKLEE:
Untuk mengekalkan air dalam badan, kita perlukan minuman yang mampu mencegah sebarang dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Untuk itu, Ifa cadangkan Performance Drink Shaklee. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. 
GULA
  • Sumber Makanan:
Gula-gula, air berkarbonat, pencuci mulut dan air gula.
  • Kenapa:
Dalam makanan di atas, seperti semua orang maklum, gula merupakan agen penyumbang penyakit juga seperti diabetes. Tetapi bagaimana pula kesannya terhadap kecantikan kulit? Kajian menunjukkan bahawa makanan manis atau kandungan gulanya tinggi boleh membawa kepada keradangan kulit, sel kulit rosak dan boleh menyebabkan jerawat
  • Cadangan Ifa:
Gula bukanlah tidak langsung boleh diambil, tetapi ia perlu dikurangkan. Jika berlebihan, kesannya kepada kulit dan diri. Jika tiada langsung pun tidak boleh juga. Maka cadangan Ifa, kita seimbangkan lah makanan untuk mencantikkan kulit kita.   
MAKANAN YANG DIPROSES
  • Sumber Makanan:
Sosej, makanan dalam tin dan mee segera.
  • Kenapa:
Makanan yang diproses ini mengandungi lemak dan karbohidrat yang sangat tidak sihatyang mana juga boleh membawa kepada keradangan kulit, kerosakan kulit dan boleh mendorong kepada pembentukan jerawat.
MAKANAN BERMINYAK
  • Sumber Makanan:
Kentang goreng, makanan yang digoreng, makanan segera dan marjerin.
  • Kenapa:
Makanan berminyak ini mempunyai asid lemak trans yang boleh mempengaruhi hormon. Apa itu asid lemak trans? lemak trans digunakan sebagai lelemak. Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Jom baca artikel ni. Bahaya asid lemak trans. 

 

Untuk Info dan Order:

Noor Afifah Mohd Baharuddin 

Shaklee Independent Distributor [ID: 892548]

delirium_ifa@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 019 9099 220
Madam Vitamin
Noor Afifah Mohd Baharuddin

No comments:

Post a Comment